SELAMAT BERCUTI..

on Sabtu, 6 Jun 2009

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU DAN MURID....PENUHILAH MASA YANG BERFAEDAH DIWAKTU CUTI INI TERUTAMA BUAT PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN MENGHADAPI UPSR TIDAK LAMA LAGI...KERANA MASA ITU EMAS...AMAT BERHARGA BAGI ORANG YANG TAHU MENILAINYA...

SELAMAT HARI GURU

on Jumaat, 15 Mei 2009




SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA AMNYA DAN DI SK SIMPANG TIGA KHUSUSNYA....GURU ADALAH SEORANG INSAN YANG MULIA.KETABAHANNYA DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA TIDAK PERNAH JEMU TANPA MENGIRA WAKTU DAN MASA...MALAH MASA YANG SEPATUTNYA DIPERLUKAN UNTUK BERISTIREHAT DUGUNAKAN UNTUK MENABUR ILMU TERHADAP MURID.JUSTERU,HORMATILAH GURU KITA KERANA ILMU YANG DIPEROLEHI ADALAH HASIL DARI KEBERKATAN GURU ITU TADI..SEKIAN ..TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG PERNAH MENDIDIK DIRI INI SEHINGGA BERGELAR GURU..TERIMA KASIH GURU KU...

Murid ku Sayang

on Selasa, 28 April 2009

Masih jelas di ruang mata...
saat pertama kau ku sapa,
saat pertama bertentang mata,
walau bermusim ianya berlalu pergi,
keindahan detik itu masih mekar
di sanubari,

Muridku...
lihatlah sekeliling mu,
inilah dunia mu,
inilah pentas permainan mu,
jangan gentar jangan gerun,
bangunlah kau berlari gagah,
usah mengundur usah mengalah,

Muridku...
engkaulah anak merdeka,
engkaulah anak Malaysia,
dunia kini kian berubah,
Measat, KLCC, MSC jua ICT,
menjadi satu wadah perjuangan,
semua ini milik mu jua,
tawanlah segala ilmu yang ada,
biar dunia mengenali siapa diri mu,

Wahai muridku...
Usah kau meninggi diri,
atau sombong dan saling membenci,
ingatlah pada Tuhan Mu,
taatlah pada ibubapa mu,
setialah pada pertiwi mu,
bulatkan segala tekad mu,
dan berpeganglah pada janji janji mu,
sesungguhnya muridku...
dunia ini adalah milik mu,
janganlah dipersiakan segalanya,
janganlah dibazir peluang yang ada,
ingatlah... ingatlah... ingatlah...

KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON PKG PARIT

on Jumaat, 17 April 2009

Aksi-aksi yang ingin anda lihat di sekitar Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun peringkat Zon..




Pemain: 1..2..3..tengok atas semua..
Pengadil: Kamu nak main bola ke tengok bola..
Kan aku bagi kad merah baru tau


Mat: Haaa!Haa!Haa!!..dapat juga aku makan..
Ikmal: Elehh..setakat karipap inti ayam buat ape...

Apamacam? cantik tak pinggang aku ini...



Isshh..dah berbuih mulut aku nasihat kome...
Sabor Ali....nama dah budak budak..
kalau tak bagi
makan cucur badak selagi tu le deme tak dengor...


Serius....farhan, kamu tengok awek ke atau tengok orang main bola...


Apahal tangan kamu berkelewok ke bawah tu Zaid..

Hai Adib..lain macam je nie...memang letih gila le gol keeper kita ini..


Khusyuk menyaksikan perlawanan di padang


Ishh.apa ada dalam seluar aku ini...


Elok-eloklah sikit..nanti tersungkur kat belakang tu.baru padan muka

Zaid.. Kau mesti kasi pasukan kita menang...


Apamacam? hensem tak senyumanku ini..

SUKAN 2009

on Sabtu, 21 Mac 2009













































































































.Salam Maulidur Rasul..

on Jumaat, 6 Mac 2009



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dosa Sang Guru Kerana mendidik anak muridnya...

on Selasa, 24 Februari 2009

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru
membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila
sudah dewasa. Dia mengajar ‘anaknya’ bagaimana cara menyebut, menulis,
membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid
sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah,
yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa
pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk
menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu
yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah
di kemudian hari.

Fahamkah
ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak
perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat
kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah
sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak
bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan
yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya –
adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding
kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab,
tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan
orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk
dibangku seorang guru.

KEBESARAN ALLAH..YAKINKAH ANDA...

on Isnin, 23 Februari 2009


Misteri Batu Melayang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad


Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.

Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?

Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir. Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.

Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang. Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.

Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:










Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj? Di samping ini adalah gambar batu tersebut. Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Masjid al Aqsha. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu.

Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.

Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut lengkap dengan cerita isra' mi'rajnya?

Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.

SEULAS BICARA...

on Sabtu, 7 Februari 2009


DARI MEJA BLOGMASTER..

Alhamdulilah..pertama sekali saya memanjatkan syukur pada Allah S.W.T kerana memberi peluang pada saya untuk memperkatakan sepatah dua kata di laman blog ini.Blog ini telah dibina pada bulan Februari yang mana ia merupakan satu lagi langkah saya untuk medokumentasikan segala program samada dalam bidang akademik..ko-kurikulum atau sebagainya..Segala apa yang tercatat di sini setidak-tidaknya dapat memberi peluang kepada warga SKST khususnya dan warga pendidik amnya untuk sama-sama mendapat faedah dari laman blog ini..apa yang pentingnya dalam usaha kita mendidik anak bangsa kita jangan cepat berputus asa kerana ia merupakan satu dugaan ke arah kita mencapai sesuatu yang dibanggakan untuk diri kita,anak-anak didik kita dan rakan-rakan kita.Akhir kata diharapkan agar blog yang dibina ini dapat memberi manfaat kepada semua warga SKST dan pendidik yang lain.

Salam Hormat..

azlan ibrahim...
Blogmaster Sk Simpang Tiga

Sekadar Renungan